Black's FotoPage

By: Black Robe

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Saturday, 3-Oct-2009 23:11 Email | Share | | Bookmark
Menara....

 


NO MONEY....NO TALK!!

Quote:
Menara WLTB TV setinggi 609.3 meter telah didirikan di Raymond sebuah bandar di Mississipi, Amerika. Ia dikatakan menara paling tinggi di Mississipi. Dibina pada tahun 1995 dan dianggap satu mercu tanda di bandar itu. Menurut jurutera yang membinanya, ia tahan seratus tahun tetapi pada 23 Oktober 1997, menara yang dikatakan tahan seratus tahun itu telah runtuh dan mengorbankan 3 org pelancong tempatan manakala puluhan yang lain cedera parah.



Friday, 2-Oct-2009 07:48 Email | Share | | Bookmark
Keistimewaan pepatung.

 

harap maaf.. kualiti gambar kurang memuaskan.

Ini pepatung.. tapi orang tua-tua kampung saya panggil Dragonfly. .




Quote:
Tahukah anda bahawa ...

** terdapat 2000 jenis spesis pepatung di dunia ni. Istimewanya binatang ini ialah ia mampu berhenti serta-merta walaupun terbang pada kelajuan 200km/j. Ia juga mampu berhenti dan terapung di udara dalam tempoh agak lama dan paling unik ia mampu terbang secara mengundur. Ia juga dapat memusingkan kepalanya 360 darjah untuk melihat sekeliling tanpa menggerakkan badan. Juga pernah ditemui, pepatung raksaksa yang mempunyai ukuran setengah meter hanya untuk sebelah sayapnya!!.

Persoalannya.. beranikah anda untuk mencucuk punggung pepatung raksaksa tersebut dengan batang kemuncup seperti yang pernah dilakukan ketika zaman kecik-kecik dulu ??


Quote:


wak mustar : meriah beraya kat spital..

Layman : kalo cakcibor tu biasa dengar... tapi puting beliung ni baru pertama kali.

Mr. aMin : RnR banyak aweks..



Thursday, 1-Oct-2009 06:32 Email | Share | | Bookmark
Posing maut.....

 
 

kontrol macho....


Quote:
Tahukah anda bahawa....

** seorang saintis dari Copenhegen, Denmark, telah berjaya menemukan satu teknik bagi menyelesaikan masalah sakit jantung yang sering menyerang golongan lelaki ?.

Melalui kajian yang dilakukan, didapati seorang lelaki dapat mengurangkan risiko serangan lemah jantung dengan cara dikembirikan. Dipercayai bahawa hormon lelaki yang dikeluarkan oleh testis boleh menyebabkan serangan sakit jantung. Masalahnya berapa peratuskah lelaki yang sanggup untuk dikembirikan ?

** Wrigleys gum adalah produk makanan pertama yang menggunakan kod bar dalam urusan perniagaan ?.





Wednesday, 30-Sep-2009 07:54 Email | Share | | Bookmark
Makan....

 


makan utk hidup atau hidup utk makan ???.

Quote:
Tahukah anda .....

** bahawa burung kakak tua boleh makan semua jenis makanan manusia kecuali coklat dan avocado kerana kedua-dua jenis makanan ini mempunyai toksik yang tinggi dan mampu membuatkan haiwan itu mati sakit perut!

** bahawa sibut babi bergerak terlalu perlahan - hanya 0.0313 meter sejam.


Tuesday, 29-Sep-2009 14:14 Email | Share | | Bookmark
Kereta.....

 


Fungsi kereta adalah utk bergerak dari point A ke point B, walaupun kadangkala melencong ke point C.

Di Malaysia, kita hanya mampu memandu dengan kelajuan 110km/j di lebuhraya walaupun meter di dashboard menunjukkan angka 360. Ini bagi mengelakkan kita dari terlajak ke Siam atau jatuh ke Selat Tebrau sebelum sempat melalui Tambak Johor ke Singapura.

Jadi wajarkah kita memiliki kereta yang mempunyai 'kelajuan tanpa batasan' atau kenderaan mewah yang berharga ratusan ribu atau jutaan RM ???.

Jika jawapan anda 'Tidak Wajar' maka anda tergolong dalam golongan org bijak yang tahu membezakan antara keperluan atau kehendak.

Jika jawapan anda 'Ya' maka anda tergolong dalam golongan org yang riak!

Quote:
Mentol yang kita gunakan hari ini dicipta oleh Thomas Alva Edison. Tahukah anda bahawa kejayaannya dalam mencipta mentol itu dicapai setelah 2000 kali eksperimen dijalankan ?. Persoalannya... sanggupkah kita mengikut jejak langkah beliau ??

Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal tetapi mereka tergolong dalam golongan orang yang tidak serik menempuh kegagalan....


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net